Kaum Suluk memiliki budaya warisan yang tersendiri dalam bidang seni tarian, busana pakaian tradisional, makanan tradisi, seni pertahanan diri dan banyak lagi. Kaum Suluk sebenarnya telah berkongsi budaya dengan kaum Bajau khasnya daerah Semporna. Ini tidaklah menghairankan kerana kaum Bajau dahulu merupakan tentera laut Kesultanan Sulu (Sug) yang berani dan hebat. Mereka adalah pahlawan atau raja di laut. Jadi, jangan heran mengapa budaya yang ada pada kaum Bajau seperti pakaian, makanan dan tarian adalah sama dengan budaya kaum Suluk. Contoh tarian yang dikongsikan antara kaum Bajau dan kaum Suluk adalah
"TARIAN BOLAK-BOLAK".
"TARIAN BOLAK-BOLAK".
Tarian ini dilakukan oleh kaum wanita dan lelaki secara berpasangan yang memakai pakaian tradisional kaum Suluk yang berwarna warni.
Tarian ini diiringi pukulan gong dan gabbang. Selalunya diadakan di
majlis-majlis perkahwinan serta
majlis-majlis keramaian yang lain.
Tarian ini kemungkinan besar mendapat namanya daripada bunyi yang dihasilkan oleh empat bilah kayu kecil ini 'bolak-bolak'.
Penari menggunakan empat bilah kayu
kecil jenis keras yang digenggam
dengan tangan. Dua bilah kayu dalam
satu tangan ditepuk-tepuk sehingga
mengeluarkan bunyi yang rentaknya sama
dengan pukulan kulintangan.
dengan tangan. Dua bilah kayu dalam
satu tangan ditepuk-tepuk sehingga
mengeluarkan bunyi yang rentaknya sama
dengan pukulan kulintangan.
Tarian Bolak-Bolak ini adalah tarian tradisional yang telah diturunkan oleh nenek moyang kaum bajau-suluk dan diwarisi oleh anak bangsanya.
Oleh itu, tarian kebudayaan sebegini harus dipertahankan demi menjaga warisan budaya kaum Suluk dan Bajau agar tidak luput ditelan zaman.
Oleh itu, tarian kebudayaan sebegini harus dipertahankan demi menjaga warisan budaya kaum Suluk dan Bajau agar tidak luput ditelan zaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan