Sabtu, 14 Julai 2012

Kalis Sundang


~KALIS SUNDANG~

(KERIS KEBANGGAAN TAUSUG)




Asal usul Sundang tidaklah diketahui secara tepat siapa pencipta awal, tetapi yang pasti ianya digunakan oleh orang Suluk (Tausug) berabad lamanya. Kalis Sundang adalah adaptasi keris (kalis) bermotif Naga dalam bentuk pedang yang biasa digunakan di Nusantara ini. Menurut sejarah, Sundang mula dibawa oleh Orang Bugis Makassar dari Sulawesi ke Riau dan Tanah Melayu lewat abad ke-17. Tetapi tidak mustahil jika dikatakan orang Suluk yang membawa Kalis Sundang ini ke Tanah Melayu (Melaka) dan sekitar Sumatera kerana orang Suluk pernah menduduki daerah itu. Kalis Sundang atau Keris Sundang adalah keris tradisi Tausug sejak dahulu kala. Beberapa jenis Sundang seperti Kalis Tulid (Lurus), Kalis Seku (Bersiku atau berlok), Kalis Taluseku (Separa Lok) telah menjadi kebanggaan kaum Tausug. Kalis atau Keris Tausug begitu ketara perbezaannya dengan keris di Tanah Melayu sendiri. Keris Tausug lebih besar dan panjang berbanding Keris Melayu yang kecil dan tirus. Maguindanao dan Maranao di Mindanao juga turut berkongsi saiz keris dengan Tausug, bezanya hanyalah keris Tausug mempunyai motif ulu yang berlainan.


klik sini untuk mengetahui hubungan Suluk dan Melaka :










Gambar pahlawan terunggul negeri Sabah iaitu
Datu Mohammad Salleh (Mat Salleh) yang sedang menggenggam
Kalis Sundang dalam buku teks sejarah tingkatan 5.
Mat Salleh adalah berketurunan Bajau dan Suluk
manakala isterinya Dayang Bandang adalah
seorang puteri daripada kerabat Kesultanan Sulu.
Teori asal usul nama SUNDANG
Gambar pahlawan terunggul negeri Sabah iaitu Datu Mohammad Salleh (Mat Salleh) yang sedang menggenggam Kalis Sundang dalam buku teks sejarah tingkatan 5. Mat Salleh adalah berketurunan Suluk dan Bajau manakala isterinya Dayang Bandang adalah seorang puteri daripada kerabat Kesultanan Sulu.


SUN 

Dalam bahasa Suluk terdapat kata Sung membawa maksud "maju atau mara ke hadapan”. Sebagai contoh orang Suluk menggunakan kata hormat menyapa tetamu dengan "Sung kamu" bermaksud "Silakan kalian kehadapan". Begitu juga dengan bahasa Bajau Laut iaitu "Pa sung kaam".



DANG

Dalam bahasa Suluk terdapat kata Dang yang merujuk kepada wanita yang disayangi yang biasanya disebut Rang. Manakala Dayang pula merujuk kepada puteri raja atau wanita cantik yang tinggal dalam istana. Maksudnya Dayang-Dayang ini adalah gelaran kepada wanita yang mempunyai hubungan dengan kaum kerabat di-Raja atau individu yang mempunyai salasilah dengan Kesultanan Sulu seperti gelaran Sharif (Salip) dan Datu untuk kaum lelaki. Dang sebenarnya adalah sebutan bagi ‘Dayang’ dalam bahasa Suluk. Contohnya, isteri kepada Datu Paduka Mat Salleh disebut Dang Bandang yang sebenarnya adalah Dayang Bandang. Sampai hari ini, kaum Suluk masih menggunakan panggilan manja Rang untuk memanggil orang yang disayangi atau pasangan mereka (isteri). Perubahan kata Dayang kepada Dang ini sama lah seperti perubahan kata Sayang kepada Yang dalam masyarakat Melayu. Ini bermaksud Keris Sundang (Kalis Sundang) mendapat namanya dari kata Dang kerana ia senantiasa dikepit dan merupakan senjata kesayangan pahlawan-pahlawan Sulu.


KESIMPULAN :

Maka dari segi pengertian bahasa sebutan Sundang dapatlah kita buat kesimpulan bahawa Keris Sundang bermaksud "Senjata kesayangan yang digunakan oleh pahlawan untuk mara kehadapan mencincang dan melawan musuh".


Pahlawan Suluk sedang menunggang kuda dengan Kalis Sundang
terselit di pinggang pada tahun 1900-an di Jolo, Sulu.










Sumber daripada :

http://zainamy.multiply.com/photos/album/117/Ref-Kalis-Tausug#
http://saifulhaj.multiply.com/journal/item/20/SundangBarung_Tausug

5 ulasan:

  1. menarik sekali..dlam bhsa bisaya suong pun mksudnya ke depan@menarik org maju ke depan.manakala dang pula pgilan ank pmpuan@anak pmpuan dewasa..bgi bisaya sebab letak parang@madi di pinggang dala krna kepercayaan satu lgenda"bariyau"

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam.tuan blh bagi info mengenai lgenda BARIYAU.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Perkataan Dayang dari sulu??
    mcm mana pula Dayang bertukar kpd Rayang?
    Lebih tepat ialah Rayang d ambil dr perkataan Dayang yg dgunakan d tanah melayu(melaka) itu yg akhirnya menjadi Rayang kerana masalah sebutan R olh org sulu.

    BalasPadam
  4. Mana nak beli ni.. Kalau ada rekmen supplier 0139821405 tq

    BalasPadam