Ahad, 15 Julai 2012

Hubungan Suluk & Melaka

HUBUNGAN SULUK & MELAKA

Sebenarnya Tausug (orang Sulu) sudah lama wujud di sekitar Selat Melaka samaada berdagang, mengayau, menjaga perairan laut, menjadi tentera laut dan sebagainya. Pencatat sejarah tidak berjaya menemui istilah Tausug itu tetapi mereka lebih mengenali Tausug dengan gelaran "Orang Laut". Ini kerana kehidupan Tausug yang sentiasa berada di laut mengawasi perairan Selat Melaka. Orang Laut yang dimaksudkan itu adalah kaum Bajau Laut. Manakala kaum Suluk pula diberi gelaran LUCOES dan LUZON oleh orang Eropah.

Foto ini diambil daripada buku teks pelajaran sejarah tingkatan 1.
Orang Laut yang dicatat oleh sejarahwan itu sebenarnya adalah kaum Bajau Laut.




Bagaimana Suluk mendapat gelaran Lucoes ?



Sebenarnya kaum Lucoes yang dimaksudkan oleh sejarahwan barat itu adalah kaum Suluk yang berasal dari daerah Lugus, Sulu. Malangnya sebutan Lugus gagal disebut oleh orang Melayu dengan tepat akhirnya berubah menjadi Lukus. Akhirnya, kedatangan orang Eropah ke Melaka memberi gelaran baru kepada kaum Suluk Lugus (Lukus) ini iaitu dengan panggilan LUCOES.


Bagaimana pula Suluk mendapat gelaran Luzons ?


LUSUNG
Sebutan China Kuno : Orang Cina dari China dahulu sangat rapat hubungannya dengan Tausug. Ini kerana kaum Cina selalu datang ke Sulu membeli mutiara yang dipungut oleh penyelam Tausug untuk dijadikan perhiasan. Manakala busana atau pakaian orang Sulu dan apa sahaja jenis kain hampir kesemuanya dibawa dari China. Disebabkan lidah pelat orang Cina yang sukar menyebut Sulug (Suluk) akhirnya berubah menjadi Lu-sung atau Sung-lu yang memberi maksud satu tempat yang subur dan aman makmur. Akhirnya Sulu dikenali sebagai LUSUNG.

LUZON
Sebutan Portugis & Sepanyol : Di pelabuhan Manila mereka mendengar pedagang dari China menyebut Lu-sung dan akhirnya mereka pun menyebutnya dengan LUZON. Sehingga pembentukan Filipina, orang-orang Kastila' (Sepanyol) masih menamakan Pulau Sulu Utara dengan nama LUZON. 
Pulau Sulu Utara (Pulau Luzon) yang pernah menjadi wilayah taklukan Kesultanan Sulu telah dijajah oleh penjajah Sepanyol. Akhirnya setelah Filipina mendapat kemerdekaan, Filipina terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Luzon, Visayas dan Mindanao. 



Dimana lokasi pusat pemerintahan Kesultanan Sulu yang sebenarnya ?



Pusat pemerintahan Kesultanan Sulu terletak di Jolo, Sulu. Semasa pembentukan negara Filipina akhirnya Sulu telah dimasukkan dalam salah satu wilayah Mindanao.








Namun sehingga hari ini rakyat Sulu tidak mengaku ketuanan Kerajaan Filipina terhadap mereka kerana mereka percaya yang tanah air mereka iaitu Sulu (Sug) tidak pernah berjaya ditawan dan dijajah oleh orang barat. Ini memang benar, penjajah Sepanyol tidak pernah berjaya menakluki pusat pemerintahan Sulu yang terletak di Jolo secara keseluruhan. Penjajah Sepanyol hanya berjaya menakluki wilayah-wilayah taklukan Kesultanan Sulu seperti Pulau Luzon dan Pulau Palawan tapi bukan pusat pemerintahannya. Oleh itu, pada hakikatnya wilayah Sulu dan Laut Sulu sebenarnya bukan milik Kerajaan Filipina tetapi milik rakyat Sulu dan Sultan Sulu.








 Kesan Peninggalan Kaum Suluk di 
 Semenanjung Malaysia dan Sumatera Indonesia 




17 buah kawasan yang bernama SOLOK di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan



dalam bahasa Suluk terdapat perkataan Malaka' & Malayu : 
Malaka' - indah/menawan
Malayu' - berjauh/menjauh


dalam bahasa Tagalog juga terdapat perkataan Malake & Layo : 
Malake - besar
Layo - Kejauhan/Jarak









Sebuah Kampung Suluk di Pulau Pinang











3 buah wilayah di bahagian Barat Sumatera bernama SOLOK





Wilayah administrasi Kota Solok adalah berbatasan
dengan Kabupaten Solok dan Kota Padang





PADANG (Sumatera) = PARANG (Sulu & Maguindanao)



Padang, Sumatera, Indonesia

Parang, Maguindanao, Mindanao 

Parang, Jolo, Sulu


Ketiga-tiga wilayah tersebut terletak di persisiran pantai iaitu yang lebih hampir ke laut.

Terdapat beberapa kajian yang dapat menyatakan bahawa kaum Padang yang terdapat di Sumatera adalah orang-orang Suluk Parang (Tausug Parang) dari Pulau Jolo, Sulu yang telah berasimilasi dengan kaum Minang di Sumatera. Tidak hairanlah mengapa loghat Melayu Padang adalah sama dengan loghat Melayu Tausug. 


Dalam bahasa Suluk huruf D akan bertukar menjadi huruf R. Contoh :

Kuda ~ Kura'
Adui/Aduh ~ Arui
Bedak ~ Burak
Mudah-mudahan ~ Murah-murahan
Menjadi ~ Manjari/Boleh
Hadap ~ Harap
Dosa ~ Rusa
Sedap ~ Sarap
Tudung - Turung
dan banyak lagi..





Ulasan :
# Terlalu banyak sejarah kaum Suluk yang masih dalam kesamaran. 
# Hubungan Tausug dan Melayu telah berjaya dipadamkan oleh penjajah.
# Diharapkan agar ramai sejarahwan dari kaum suluk akan datang yang berjaya membongkar sejarah keagungan bangsa Suluk







Sumber daripada :
http://tausug-global.blogspot.com/
# Buku Teks Sejarah















10 ulasan:

  1. Orang laut disekitar selat Melaka bukan orang Tausug / suluk. Mereka ialah penduduk asal peribumi orang asli semenanjung yang tinggal di tepi pantai. Mereka tinggal dalam perahu & ada juga yang tinggal dalam rumah atas air. Ada juga orang laut ini yang datang dari kepulauan Andaman di Thailand. Tidak ada persamaan bahasa antara orang laut & tausug. Kalau pun ada, bahasa tausug yang sama dengan bahasa melayu itu adalah disebabkan pinjaman perkataan itu yang dibawa oleh orang Melayu ke kepulauan Filipina menerusi perdagangan. Ada tertulis dalam sejarah mengenai penghijrahan pembesar Melayu dari sumatera yang orang Filipina panggil sebagai Dangko (tengku). Bahasa suluk juga mempunyai sedikit unsur bahasa Jawa kerana pengaruh kerajaan Majapahit pada abad ke 14. Kg suluk yang dimaksudkan di semenanjung Malaysia itu ialah asal dari perkataan Parsi atau Jawa. Suluk dalam bahasa Parsi bermaksud Wayfaring (terjemahan English)atau menempuh jalan. Suluk dalam bahasa Jawa bermaksud penulisan sajak atau puisi. Solok pula ialah "lembah" dalam bahasa Jawa. Sedangkan nama suluk filipina itu berasal dari singkatan dua perkataan sulu & sug. Kota Padang di Sumatera pula dinamakan sebegitu kerana peribumi asalnya melihat kawasan itu luas lalu dinamakan Padang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Bahasa suluk lebih banyak kosa kata dari bahasa melayu... Dan bahasa suluk lebih kelainan dari bahasa melayu montoh ayat bahasa suluk

      Tunggu = taghad
      Ikut = maghad
      Perchaya = kaghad atau maratcaya
      Baca = bassa,bassahun,bassahan,bassaha,bassahi
      Cahaya= sumahaya,sahaya
      Masam = maaslum
      Duit = sin
      Harga = halgha
      Mahar = mahalgha
      Syurga = sulgha
      Neraka = naarkah
      Buka = ukab, ukaban, ukawun, ukawi,ukawa,ukawaba
      Tutup = tambul
      Penutup = sasaub,saub
      Poket = bulsa
      Dompet = pintakah
      Baju = badju,kamasita
      Badan = baran
      Malu = maluman,masipug
      Tukar = tukal,tukali,tukala,tukalan,tukalun
      Masak = mag'adjal, madjal
      Lihat = kitaaba,kitaha,kihita
      Tengok = atura
      Balik = balikun,huwi'an,huwi'an ta
      Tiada = wayruun,wayri,wayra,wala,way
      Mana = hain,harin ,haunu
      Arah ke = arap pa
      Naik = sumakat,sakat
      Atas = hataas
      Bawa = hawawah
      Bukan = bukun
      Makan = kimaun,kumaun,mangaun,kakaun,kiyakaun
      Minum = manginum,inum,inuman,inumi,inuma,inumun
      Ambil = ka'a,kaaba,kawaaba,kawa'e,kawa'un

      Hari = adlaw
      Siang = aglau
      Selamat = salamad
      Terima kasih = mag'sukul

      Selamat pagi = salaamun mahinaat
      Selamat tengahari = salaamun mataassugha
      Selamat petang = salaamun mahapun
      Selamat malam = salaamun duhum

      Hari isnin = adlaw isnin
      Hari selasa = adlaw salaasa
      Hari rabu = adlaw albaha
      Hari khamis = adlaw ham'mis
      Hari jumaat = adlaw jum'maat

      Salam untuk kamu semua=salaamun paraa kaniyu kataan

      Salam untuk kau = salaamun paraa kaymu

      Tepi laut = hayghad daghat,highad laud
      Tepi bukit = hayghad bukid, highad bud
      Lemah = liyammah

      Banyak lagi bahasa suluk banyak kosa kata cuma sampai sini saja la..
      Jadi saya bagi tahu bahasa suluk bahasa yang sungguh yunik.. jadi jangan kata bahasa suluk pinjaman dari melayu..

      Padam
  2. Perkara tersebut adalah yang anda belajar di dalam buku text. Tidak kah kamu tahu bahawa Negara-negara lain sengaja menghapuskan bangsa tausug Sulu supaya sabah mereka dapat mentakbir sehingga kini. bukan sahaja Negara Islam malahan seluruh dunia lain, Kamu pasti tidak menkaji bahawa satu-satunya bangsa yang sehingga kini masih berperang demi Agama tercinta ISLAM 490 TAHUN, seluruh dunia diam terpinggah manakala saudara Islam yang sedang berjihad. Inilah yang dikatakan bahawa Umat islam tidak akan bersatu hati. Sampaikan sejarah Islam di Sulu di hapuskan Phillippines. Philippines adalah lah negara baru mustahil pada kurun ke 6 Philippines sudah ada. Pada zaman dahulu siapa yang menguasai laut adalah yang terkuat. Orang Sulu tidak menyerang saudara-saudaranya lain di nusantara malah membantu Kesultanan mentakbir. Orang Sulu tidak gila kuasa, Mereka hanya Mahu berniaga dan berusaha. Ingat lah sejarah yang kita belajar sekarang aadalah "tipu" zaman Peleolitik, Meseolitik,Logam dan Batu ? Mana wujud. itu semua adalah Teori "Revolusi" Charles Darwin. Yang di mana di larang dalam Islam. Wujudnya zaman adalah zaman-zaman Pra Nabi-Nabi dan Nabi Muhammad Adalah zaman akhir. Kita tidak menyangka bahawa Kiamat benar-benar sudah dekat, Di mana Islam semua Bepecah- belah. Zaman di mana Iblis mengumpul ramai manusia ke neraka. Allah akan menyoal kita mengapa tidak membantu saudara-saudara Islam yg lain. Sekarang Orang Sulu hidup dengan susah sekali, Hingga berperang bagi mereka adalah perkara biasa. Allah Hu alam. Allah yang lebih mengetahui. Dinia nie hanya sementara Di mana akhirat kekal selama. Allah sahaja yang Maha Adil. Maaf jika adalah silap dan salah.

    BalasPadam
  3. Lain mcm blog ni... Mcm ada yang tak kena aje antara Melaka dengan Sulu... Part nama kampung yang dikatakan Solok itu pun sudah salah maksudnya. Dan orang laut juga tiada kena mengena dengan orang suluk... Waallahuallam.

    BalasPadam
  4. Mengarut...bila masa suluk org laut Haha πŸ˜‚πŸ˜‚ mengarut..setau aq org laut yg mendominasi filipina dn pesisir pantai sabah adalah org bajau bkn org suluk.bajau bkn org suluk πŸ˜‚ me lebih2 pula klaim ni page

    BalasPadam
  5. Mcm mengarut pula blog ni πŸ˜…Org suluk bkn org laut bengong.

    BalasPadam