Rabu, 15 Ogos 2012

Ilham Dari Sulu

THE PEG-LEGGED PIRATE OF SULU (1961) - Cora Cheney 
Sebuah buku cerita untuk kanak-kanak. Mengisahkan tentang seorang lanun yang kakinya cacat dengan seorang budak lelaki bernama Ping yang menetap di Pulau Cebu.







THE SULTAN OF SULU SEA (1997) - Duncat Watt
Sebuah buku kanak-kanak yang berbentuk aksi, pengembaraan dan survival. Kisah pengembaraan sekumpulan manusia yang ingin bebas dari cengkaman lanun di Laut Sulu.




THE SULU SEA MURDERS (1933) – Francis Van Wyck Mason
Sebuah buku kecil atau pocket books yang mengisahkan tentang sekumpulan sahabat yang berdepan dengan satu kejadian misteri di Laut Sulu.








THE ISLANDS OF THE SULU SEA (1996) – Kurt Rose
Sebuah novel remaja yang mengisahkan tentang seorang anak muda yang menceritakan pengalamannya mengembara di Laut Selatan (South Seas). Pengalamannya bertemu dengan buaya dan cicak gergasi, sea gypsies, penyeludup dan kapal karam. Buku ini diadaptasi daripada kisah benar.




THE VISUAL ART OF THE SULU ARCHIPELAGO (2006) – Ligaya Fernando Amilbangsa
Buku ini adalah hasil dari penyelidikan yang teliti dan berbentuk dokumentasi artifak, budaya, tradisi dan amalan masyarakat di Kepulauan Sulu (Tausug). Buku ini menerangkan tentang bagaimana seni dapat meresap dalam kehidupan seharian masyarakat di Kepulauan Sulu. Buku ini menunjukkan bahawa tiada jurang yang wujud diantara keindahan dan fungsi, diantara kesenian dan keperluan.




THE MUSLIM SOUTH & BEYOND (2010) – Samuel K. Tan
Sebuah novel esei yang berbentuk umum yang penuh dengan isu-isu. Dalam buku ini menerangkan tentang konflik yang melanda umat Islam di Selatan Filipina (Mindanao dan Sulu). Dalam buku ini ada menerangkan tentang kebudayaan masyarakat Tausug dan hikayat atau cerita rakyat Tausug seperti Perang Sabil, Kissa, Kata-Kata, Luguh, Kalangan, Sarsilas, Huthbas dan Tukud-Tukud atau Tigum-Tigum.


muka surat 162



THE TAUSUG (1986) - Thomas M. Kiefer
Sebuah buku yang berbentuk kajian iaitu antropologi budaya Tausug di Filipina dengan penekanan kepada bentuk-bentuk keganasan, konsep undang-undang dan agama.




RAJA BONGSU OF SULU (1991) – Robert Nicholl
Buku ini menerangkan tentang seorang wira dari Kesultanan Brunei  iaitu Raja Bongsu (Sultan Mawallil Wasit) telah datang ke Sulu untuk menggantikan takhta Kesultanan Sulu. Rajah Bongsu merupakan anakanda kepada Sultan Brunei yang ke-11 iaitu Sultan Muhammad Hassan bersama Puteri Sulu.





THE SULU ZONE (1981) – James Francis Warren
Sebuah buku klasik yang menjadi media utama dalam pengkajian bidang Sejarah di Asia Tenggara. Buku ini menerangkan tentang keadaan geografi yang menarik, kebudayaan dan sejarah ‘zon sempadan’ yang tertumpu di Laut Sulu dan Sulawesi diantara tahun 1768 hingga 1898 serta interaksi yang kompleks diantara Sulu, China dan Barat. Pengarang mengkaji kuasa-kuasa sosial dan budaya yang dijana dalam Kesultanan Sulu dalam perdagangan dengan China, sistem perhambaan, aktiviti maritim dan asimilasi tawanan pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini sehingga menjadi sebuah sistem sosial tradisional Melayu-Islam.






BRIDES OF SULU (1934) - John Nelson
Sebuah filem hitam putih era 30-an yang diarahkan oleh Joln Nelson dan dibintangi oleh Adelina Moreno, Eduardo de Castro dan pahlawan-pahlawan Moro. Filem ini berkisahkan tentang seorang Puteri Sulu iaitu Benita yang telah jatuh hati kepada seorang lelaki Palauh yang tidak beragama (pagan) bernama Asan. Konflik terjadi apabila ayahanda kepada Benita ingin mengahwinkan Benita dengan seorang pembesar Sulu tetapi ditolak oleh Benita. Maka Asan nekad untuk melarikan Benita untuk membatalkan perkahwinan yang telah direncanakan keluarga Benita. Budaya tradisi Tausug sedikit sebanyak diselitkan dalam filem ini. Filem ini sebenarnya dihasilkan sewaktu zaman penjajahan Amerika di Filipina.

2 ulasan:

  1. Salam Kasilasa.

    Hain kita makakawa copy sin manga books ini? Awn kaw access kanila yan?

    BalasPadam